Home > China News
Rakyat China Atasi Pelbagai Kesukaran dengan Semangat Perpaduan
2009-10-14

Sdr pendengar, seorang penulis terkemuka China Encik Wang Meng, telah menulis sebuah rencana dalam surat khabar utama, "Harian Renminribao" untuk mengenang kembali perubahan besar yang berlaku di China dalam tempoh 60 tahun yang lalu. Dalam rencana itu, Encik Wang berkeluh-kesah bahawa pencapaian yang diperoleh China sekarang ini sesungguhnya bukan mudah. Dalam berusia 75 tahun ini, beliau telah menyaksikan perit getir proses tertubuhnya Republik Rakyat China pada tahun 1949, dan merasai liku-liku perubahan masyarakat yang begitu besar di China dalam tempoh 60 tahun lalu.

Sebelum terbitnya rencana tersebut, tersiar satu ulasan tentang China dalam sebuah media Rusia yang menyebut "China mengalami amat banyak kesukaran, akan tetapi negara itu tidak pernah ditewaskan oleh kesukaran tersebut." Ulasan ini bermakna media Rusia itu bukan sahaja mengetahui keadaan China dalam sejarah, tetapi juga mengetahui hakikat yang nyata China pada masa sekarang.

Baik Encik Wang Meng, mahupun media Rusia itu, sama-sama mengemukakan suatu kenyataan, bahawa rakyat China bersemangat dan bersatu padu untuk mengatasi sebarang kesukaran. Semangat ini sudah sebati dengan bangsa China sejak beribu-ribu tahun dahulu, demikian juga pada 60 tahun yang lalu.

Bagi ramai penduduk China, gempa bumi yang berlaku di Sichuan pada 12 Mei 2008 suatu igauan buruk, kerana bencana yang dahsyat itu meragut nyawa lebih 100 ribu orang penduduk dan memushankan seluruh kawasan Wenchuan di Provinsi Sichuan. Bencana ini membawa kesengsaraan dan penderitaan besar kepada rakyat China.

Sama seperti berlakunya bencana lain, bencana gempa bumi ini menyebabkan rakyat China bersatu padu sekali lagi. Keseluruhan 1.3 bilion orang rakyat China menyeru supaya bertahan dengan bencana yang menimpa.

"Saya berkeyakinan bahawa tiada kesukaran yang dapat menghalang rakyat China yang begitu berani dan berkeupayan menghadapinya." Demikian dinyatakan oleh Presiden China Hu Jintao, semasa beliau sendiri turun membuat tinjauan di kawasan Wenchuan yang palign teruk dilanda bencana tersebut.

Perdana Menteri China Wen Jiabao berkata, "Bencana gempa bumi dapat menggerakkan gunung dan menghalang aliran air di sungai, akan tetapi tidak dapat menggoyahkan semangat jitu rakyat China. Walaupun bencana gempa ini telah merangut nyawa anggota keluarga kita dan merosakkan banyak kehidupan keluarga kita, akan tetapi mangsa yang terselamat perlu cekal untuk hidup terus, malah hidup dengan lebih sempurna."

Setahun selepas berlakunya bencana gempa, kawasan Wenchuan sudah pulih kembali. Bandar-bandar yang baru telah dibangunkan dan kesan-kesan bencana seakan-akan sudah hilang.

Dalam tempoh 60 tahun yang lalu, China banyak kali mengalami bencana alam, termasuk bencana alam yang melanda pada hujung tahun 1950-an dan permulaan tahun 1960-an, bencana gempa bumi dahsyat yang berlaku pada tahun 1976, banjir besar yang berlaku pada tahun 1998, dan penularan wabak SARS pada tahun 2003. Bagaimanapun rakyat China mampu mengatasi bencana tersebut dengan jayanya.

China pernah dipinggirkan dan dikenakan sekatan oleh negara-negara barat dalam tempoh 60 tahun yang lalu. Pada ketika Republik Rakyat China baru ditubuhkan, ia merupakan salah satu negara yang paling miskin di dunia. Negara-negara barat mengambil sikap bermusuhdengan China dan mengenakan sekatan terhadapnya, namun China tidak berputus asa menghadapi kesukaran tersebut. Sebaliknya terus menjalankan dasar luar yang bebas dan damai dan berdikari membangunkan negara.

Sejarah perkembangan China berliku-liku. "Revolusi Kebudayaan" yang berlaku selama 10 tahun dari tahun 1966 hingga tahun 1976 menyebabkan China mengalami kerugian besar. Namun, China insaf atas kesalahan sendiri dan berusaha mencari jalan perkembangan yang baru.

Maka kata rakyat China, "Kesulitan yang banyak mempercepat kemajuan", kata-kata hikmat ini sebenarnya memaparkan semangat juang bangsa China yang bersedia menggembleng tenaga untuk mengatasi kesukaran.

Semangat ini memuncak setelah China mengamalkan dasar pembaharuan dan buka pintu.

Apabila "Revolusi Kebudayaan" berakhir pada tahun 1976, China mula memulihkan pembangunan negara. Sarjana Qin Xiaoying berkata, slogan pada masa itu berbunyi, "Merebut kembali masa yang terbuang selama 10 tahun lalu." Katanya, "Pada ketika itu, saya bekerja di Akademi Sains Sosial China. Pada masa itu, semua pekerja, baik golongan tua mahupun golongan muda bekerja lebih masa untuk merebut kembali masa yang terbuang sahaja dahulu. Pada masa itu, pemimpin kerajaan China juga berkerja dengan tidak mengira siang atau malam, dan semangat ini menggalakkan orang awam turut berbuat demikian. Encik Deng Xiaoping, bekas pemimpin China yang sudah berusia lebih 70 tahun pada ketika itu, merancang semula dasar pembaharuan dan buka pintu. Pada masa itu, setiap orang yang bersedia memberikan sumbangan kepada tanah air, berhasrat agar modenisasi dapat diwujudkan di China dengan secepat mungkin."

Dengan semangat itulah, rakyat China berusaha bersunggguh-sungguh mewujudkan pembangunan sosioekonomi negara dalam tempoh 31 tahun dan mencipta keajaiban di dunia.

Pepatah China yang berbunyi "Orang-orang yang menggembleng tenaga bersungguh-sungguh dapat memindahkan Gunung Taishan". Semangat ini selalu ditunjukkan apabila China berada dalam kesukaran menghadapi bencana.

Encik Qin Xiaoying berpendapat, semangat ini telah meningkatkan kemampuan rakyat China pada ketika menghadapi kesukaran, manakala tindakan yang benar-benar dilaksanakan oleh rakyat China mencatat sejarah baru China. Beliau berkata, "Semangat perpaduan ini membolehkan bangsa China yang teraniaya oleh sekatar negara-negara barat dapat menjadi negara yang bebas dan berdikari, juga menyebabkan China berubah daripada sebuah negara yang miskin kepada negara yang ekonominya makmur dan wujudnya masyarakat lumayan secara perlahan-lahan. China tentu akan menghadapi kesukaran baru pada masa depan. Semangat ini merupakan satu-satunya kaedah bagi membolehkan bangsa China mengatasi semua kesukaran tersebut, maka kami perlu menghargai semangat ini."

Disebabkan liku-liku perkembangan dalam tempoh 60 tahun itu sungguh membebankan, maka rakyat China amat menghargai semua pencapaian yang diperoleh. China merupakan negara besar dengan jumlah penduduknya mencatat 1.3 bilion orang. Kami yakin, sebarang kesukaran akan dapat diatasi dengan kekuatan semangat semua rakyat.

Suggest To A Friend
  Print