| Jumaat Pertama pada Bulan Ramadan di Masjid Fayuan dan Masjid Bukui |
| 2009-09-29 |
|
28 Ogos lalu ialah hari Jumaat yang pertama selepas masuk bulan Ramadan pada tahun ini. Wartawan CRI telah membuat liputan di Masjid Fayuan di Beijing dan Masjid Bukui di bandar Qiqihar, provinsi Heilongjiang. Beberapa orang penganut Islam ada yang memberi dermaan, ada yang memohon Imam berdoa bagi keselamatannya. Mereka saling menyampaikan "salam berpuasa". Suasana dalam masjid aman dan harmoni.
Masjid Fayuan, Beijing Imam masjid tersebut, Wang Chongen menyatakan bahawa umat Islam menunaikan ibadat puasa untuk melatih jiwa dan badan. Walaupun merasa lapar, haus dan letih penat dalam bulan Ramadan, tetapi taat setia mereka terhadap agama dapat diperkukuh melalui kesusahan tersebut. Oleh itu, mereka sangat menantikan kedatangan bulan Ramadan, bulan yang paling mulia dan bahagia dalam tempoh sepanjang tahun. Imam Wang Chongen berkata: "Berpuasa merupakan perintah Tuhan yang maha mulia yang wajib dilaksanakan oleh semua umat Islam. Di samping itu, budi baik dan tekad yang teguh kita dapat ditingkatkan lagi melalui berpuasa." Menurut rukun agama Islam, umat Islam dilarang makan dan minum dari matahari terbit hingga terbenam setiap hari pada bulan Ramadan. Tidak setakat ini sahaja, sebenarnya dilarang sebarang tingkah laku yang kurang sihat pada masa itu. Untuk membantu para penganut Islam mengetahui kandungan dan makna sebenarnya berpuasa serta kandungan yang berkaitan dari ajaran kitab suci Al-Quran, masjid-masjid di seluruh tempat China sentiasa menganjurkan pelbagai aktiviti dalam tempoh bulan Ramadan. Sebagai contoh, kursus pelajaran agama Islam telah ditawarkan di Masjid Bukui di bandar Qiqihar, provinsi Heilongjiang. Imam Han Xiyu dari masjid itu berkata: "Belajar terus digalakkan oleh agama Islam. Menurut Hadis, kita seharusnya "belajar dari buaian sampai ke kubur". Maka, kami menyeru semua orang Islam untuk belajar ilmu agama, undang-undang dan peraturan negara dalam bulan yang amat mulia ini. Kami berharap ini akan bermanfaat bagi semua orang sama ada dari segi agama ataupun hidupnya dalam masyarakat."
Masjid Bukui di bandar Qiqihar, provinsi Heilongjiang
Selain mengajar ilmu agama, Imam di masjid-masjid juga selalu menasihat orang Muslim mengeluarkan dermaaan untuk membantu orang dalam kesusahan. Imam Masjid Fayuan, Wang Chongen memberitahu wartawan bahawa selepas Sichuan dilanda gempa bumi dahsyat, masyarakat Muslim secara aktif memberikan bantuan sama ada barang-barang ataupun wang kepada mangsa bencana. Memang seperti apa yang dikatakan oleh Imam Wang Chongen, sebuah dinding penuh ditempel senarai nama orang yang mengeluarkan dermaan dalam Masjid Fayuan. Semua orang membuat budi baik dengan sedaya upaya. Liu Yunshan, seorang umat Islam yang tinggal tidak jauh daripada masjid tersebut. Beliau menderma 100 yuan dalam bulan Ramadan tahun ini. Beliau berkata: "Bulan Ramadan sangat penting bagi umat Islam. Kami ingin membuat amalan yang baik budi seperti mengeluarkan wang kepada orang miskin dan membantu menjaga anak yatim piatu dalam bulan Ramadan. " Encik Ma Jincheng, etnik Salar, salah sebuah daripada 10 etnik minoriti yang beragama Islam di China. Beliau berasal dari Kuanti Autonomi Salar Xunhua, provinsi Qinghai. Beliau telah membawa anak lelakinya untuk bersolat pada Hari Jumaat di Masjid Fayuan Beijing. Budak yang berusia 13 tahun itu juga ikut berpuasa sejak tahun yang lalu. Ketika ditanya wartawan sama ada istiadat sebagai umat Islam dihormati rakan-rakannya yang bukan beragama Islam, anak lelaki Ma Jincheng mengangguk-angguk kepalanya tanda setujuh. Dia berkata: "Rakan sekolah saya semuanya tahu saya umat Islam yang tidak boleh makan dan minum dalam bulan Ramadan. Jika seseorang suruh air kepada saya, yang lain akan ingatkan dia, saya tidak boleh minum, kerana sedang berpuasa. " Imam Masjid Bukui, Ma Jianguo menyampaikan salamnya kepada semua umat Islam di dunia melalui rancangan kami. "Bagi semua orang Islam di bandar Qiqihar, saya menyampaikan salam setinggi-tingginya kepada semua umat Islam di dunia." |


