| Usaha Promosi Seni Budaya Etnik Hui Dipertingkatkan |
| 2009-08-28 |
|
Beberapa tahun kebelakangan ini, Ningxia terus memeriahkan projek seni budaya dengan usaha mempergiatkan pelbagai bentuk kesenian berdasarkan kebudayaan etnik Hui. Pelbagai aktiviti kebudayaan giat dijalankan seperti persembahan kesenian dan pertandingan nyanyian "Hua'er". Kini, lebih 500 kumpulan kesenian bukan profesional yang dibentuk oleh penduduk tempatan mengadakan pelbagai aktiviti kesenian untuk memperkayakan seni budaya penduduk di kota atau desa di Ningxia. Ma Zhong, seorang warga tua yang tinggal di daerah budaya Xijie bandar Yinchuan Wilayah Autonomi Hui Ningxia. Beliau seorang penggemar setia persembahan kesenian di medan Guangming yang bermula pada kira-kira pukul 8:00 malam. Beliau dan isterinya sering ke medan itu menikmati dan mendengar nyanyian "Huaer". Ketiadaan anak-anak kerana bekerja dan tinggal di tempat lain memberi kesempatan kepada mereka berbuat semikian. Naib Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan Wilayah Autonomi Hui Ningxia, Tao Yufang berkata, kegiatan kesenian Medan Budaya Ningxia dipromosi di seluruh wilayah itu sejak tahun 1998. Medan tersebut menjadi lebih menarik melalu proses pembangunan selama 10 tahun.
Lebih 2 ribu persembahan kesenian yang dianjurkan oleh kerajaan Ningxia telah dilaksanakan di medan budaya itu pada tahun 2007. Dijangka persembahan kesenian tersebut dibawa ke seluruh wilayah akan melebihi 2 ribu. Seramai lebih 4 juta penonton akan menikmati persembahan kesenian di medan budaya tersebut pada sepanjang tahun. Usaha promosi budaya kepada lapisan masyarakat merupakan asas pertukaran aliran minat penonton. Mereka yang masuk ke panggung wayang untuk menonton tayangan filem semakin berkurangan pada tahun 1990-an. Ketua Kunmpulan Drama Moden Ningxia, Wang Zhihong berkata, persembahan kesenian sepatutnya dibawa kepada penonton di seluruh kawasan desa. Bagaimanapun, pentas persembahan yang sesuai tiada di kawasan desa. Oleh itu bagi mengatasi kesukaran ini, kumpulan kesenian telah membelanjakan lebih 60 ribu yuan RMB untuk membuat sebuah pentas bergerak dengan alat ganti kenderaan supaya dapat mengadakan persembahan kesenian di setiap kawasan desa.
Pentas bergerak itu sama seperti jentera penabur benih kerana dapat mengadakan banyak latihan yang selaras dengan persembahan kesenian di desa. Bagi merancakkan promosi usaha itu secara menyeluruh di Ningxia, kerajaan Ningxia telah memperuntukkan sejumlah besar mata wang untuk meningkatkan pembangunan budaya di desa, pusat keluarga budaya dan kumpulan kesenian suka rela yang mempunyai penggemarnya tersendiri supaya sejumlah besar kumpulan kesenian dapat bergerak aktif memeriahkan persembahan di kalangan kaum tani tempatan. Memandangkan minat mendalam penduduk terhadap seni budaya muzium kesenian dibina bagi memelihara warisan murni penduduk tempatan. Disebabkan sambutan penduduk tempatan yang semakin meningkat, 17 buah muzium telah dibangunkan di Ningxia pada tahun 2008. Dijangka, 16 buah muzium lagi dibangunkan menjelang tahun 2010 kerana sasaran keseluruhan muzium di Ningxia melebihi 60 buah. Menurut pengiraan, sebuah muzium untuk setiap 100 ribu orang. Sementara itu, 8 acara TV percuma disediakan kepada lebih 90% keluarga petani di Ningxia. Stesen radio dan TV akan disediakan di kampung yang berpenduduk lebih 50 buah keluarga. Angka ini yang tertinggi berbanding tempat-tempat lain di kawasan barat China.
Projek perkhidmatan budaya awam yang diwujudkan di desa termasuk, pusat sumber maklumat budaya, tayangan filem dan khutub khanah di desa. Usaha ini bertujuan untuk menyediakan lebih banyak kemudahan kepada kaum tani dan menyelesaikan kekurangan bilik bacaan, serta tempat menonton opera dan filem. Usaha memeriahkan promosi seni budaya kepada penduduk awam tak syak lagi telah merangsang pembangunan seni budaya yang lebih kuat dan mantap di Ningxia. |


