Home > China News
Presiden Hu Jintao: Usaha Membangunkan Xinjiang yang Makmur dan Harmoni Perlu Dipercepat
2009-08-27

Usaha Membangunkan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang yang makmur, kaya dan harmoni perlu dipercepatkan.

Dalam tinjauan ke Xinjiang dari 22 hingga 25 Ogos, Presiden China, Hu Jintao berkata, rusuhan yang berlaku di Urumqi pada 5 Julai lalu merupakan peristiwa ganas yang didalangi oleh "tiga kumpulan" di seberang laut, iaitu kumpulan pemisah, pelampau dan pengganas. Peristiwa itu mengakibatkan kerugian yang besar kepada nyawa dan harta benda rakyat pelbagai etnik minoriti.

Beliau berharap agar kerajaan wilayah tersebut dapat menggunakan peluang daripada pelaksanaan strategi pembangunan bahagian barat untuk meningkatkan tahap keterbukaan demi mencipta masa depan yang lebih cerah.

Kerajaan pusat akan terus mengambil tindakan yang berkesan untuk meningkatkan taraf hidup dan hasil pengeluaran penduduk pelbagai etnik, sekali gus memacu pembangunan sosioekonomi di wilayah tersebut ke tahap yang lebih tinggi.

Suggest To A Friend
  Print