Home > China News
Ambil Kerja yang Disukai dan Capai Impian Sendiri
2009-08-24

Mengambil kerja merupakan perkara yang penting bagi setiap orang. Sebelum dasar pintu terbuka dan pembaharuan dilaksanakan di China pada tahun 1978, golongan muda di China mengambil kerja mengikut permintaan kerajaan. Seiring dengan perkembangan ekonomi dan pelaksanaan dasar pintu terbuka dan pembanaruan di China, warga China mula memilih kerja dengan kehendak sendiri. Kini, lulusan universiti boleh memilih kerja atas kegemaran dan keunggulan sendiri, mengambil kerja yang disukai dan mencapai impinan sendiri.

Pensyarah Feng Fan yang bersara dari Universiti Kesatuan Beijing sudah menceburkan diri dalam urusan membantu lulusan universiti mendapat kerja selama 20 tahun. Beliau berkata bahawa sebelum 1990-an abad lalu, lulusan universiti diarahkan bekerja di perusahaan milik negara. Walaupun mereka tidak menghadapi kesusahan mendapat pos kerja, namun kaedah ini telah mengabaikan kebebasan mereka untuk memilih kerja dan tempatnya. Kata beliau: "Pada 1970-an hingga 1980-an abad lalu, lulusan universiti mengambil kerja menurut permintaan kerajaan tanpa syarat. Keunggulan sendiri bukan faktor utama ketika mencari kerja. Kita tidak begitu mementingkan konsep 'kehendak sendiri'."

Pada penghujung 1990-an abad lalu, seiring dengan pengubahan pasaran China, kaedah mencari kerja turut mengalami perubahan. Luluasn universiti tidak lagi mengambil kerja menurut permintaan kerajaan, sebaliknya memilih kerja atas keunggulan dan kehendak sendiri. Golongan muda boleh merancangkan masa depan mereka diri sendiri. Liu Li, lulusan universiti generasi pertama yang mengalami perubahan mengambil kerja tersebut di China. Kini, Liu Li yang berumur 34 tahun bekerja di sebuah syarikat sekuriti di bandar Yantai, provinsi Shandong, China. Dia lulus dari Institut Kewangan Shanxi pada tahun 1998. mengenang kembali keadaan pada masa itu, Liu berkata: "Saya berasa terkejut kerana tidak pernah mencadang perlu mencari kerja dengan sendiri. Ketika masuk universiti dasar dahulu tetap diamalkan, konsep kita tidak dapat berubah pada masa yang singkat. Saya memang berasa kecewa ketika tahun terakhir di universiti."

Seterusnya, Liu Li berani membuat keputusan. Dia meninggalkan kampung halamannya Shanxi dan mencari kerja di bandar pesisir pantai China yang ekonominya lebih maju. Beliau membuat persiapan yang rapi dan berharap mendapat kerja yang baik supaya mengubah nasibnya.

Akhirnya, Liu Li mendapat kerja sebuah syarikat di Shandong. 10 tahun sudah berlalu, melalui kegiatan bersungguh-sungguh, kini Liu Li menjadikan salah seorang pegawai kanan di syarikatnya. Ketika mengenang kembali, Liu Li berkata bahawa memilih kerja secara persendirian dapat memperluas pandangan seseorang dan dapat mencapai impinan sendiri. Katanya: "Saya diketahui bahawa mereka yang mendapat kerja menurut permintaan kerajaan, mungkin kerja itu tidak sesuai dengan diri sendiri, tetapi masih tidak mengubah kerja kerana pelbagai faktor. Oleh itu, mereka tidak dapat hidup menurut kehendak sendiri. Saya bersetuju memilih kerja yang disukai sendiri sebab kita boleh mendapat ruang perkembangan yang lebih luas."

Kini, dunia menghadapi krisis kewangan global, golongan muda di China menahan tekanan mencari kerja yang agak

berat. Peluang kerja tidak begitu mencukupi ketika Liu Li mencari kerja 10 tahun lalu. Sehubungan dengan itu, lebih ramai pemuda China tidak mencari kerja yang stabil, sebaliknya memilih kerja yang selaras dengan kegemaran sendiri. Mereka membuka syarikat sendiri.

Li Yuanyuan yang dilahirkan pada tahun 1983 bekerja di sebuah institusi pendidikan yang diselenggarakan oleh lulusan universiti. Mereka mencontohi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), menghantar pelajar-pelajar China pergi ke pelbagai negara untuk mengadakan perbincangan dengan pelajar-pelajar tempatan dalam bidang politik, ekonomi dan kebudayaan. Penaja syarikat itu pernah mengikut pendidikan yang berkenaan di A.S.. Menurut hemat mereka, model pendidikan ini amat berfaedah dan berpotensi besar. Oleh itu, mereka membuka syarikat tersebut.

Semasa syarikat itu baru dibuka, Li Yuanyuan dan rakan sekerjanya menghadapi banyak kesukaran. Untuk membiarkan lebih ramai orang berkenalan dengan kaedah pendidikan tersebut, Li Yuanyuan dan rakan sekerjanya pergi ke sekolah menengah di pelbagai tempat di China untuk membuat syarahan. Mereka juga mendapat sokongan dan bantuan institusi yang berkenaan dan Duta Besar negara asing di China. Mereka berjaya menghantar pelajar-pelajar China pergi ke A.S. untuk menyertai aktiviti "mencontohi PBB" yang berlangsung di Universiti Yale pada tahun lalu. Lebih ramai lulusan atau mahasiswa memohon untuk bekerja di syarikat itu pada tahun ini. Li Yuanyuan berkata: "Fikiran generasi kami berbeza dengan ibubapa, mereka lebih suka mendapat kerja menurut keperluan atau dibantu oleh kaum kerabat. Saya pernah menyertai pelbagai pertubuhan ketika di universiti. Saya tidak berharap mendapat sesuatu kerja yang diaturkan oleh orang lain. Saya yakin kerja saya ini mempunyai masa depan yang cerah."

Li Yuanyuan memberitahu wartawan bahawa dia pernah mempunyai kerja yang stabil dan pendapatan agak tinggi. Tetapi, dia berharap mencapai impiannya sendiri ketika muda. Dia suka pelajar dan suka membawa mereka pergi ke A.S., Britain, Singapura dan negara yang lain untuk bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman dengan pelajar tempatan. Li Yuanyuan berkata, walaupun kerjanya amat sibuk dan pendapatannya tidak setara macam dahulu, namun dia berasa amat gembira dan yakin masa depannya amat cerah.

Suggest To A Friend
  Print