Home > Cultural Exchanges
Institut Konfusius Penghubung Pertukaran Kebudayaan China dan Luar Negara
2009-09-29

Insitusi Konfusius Universiti Timur Thailand telah mengadakan satu majlis ceramah yang bertema "tulisan dan budaya China" baru-baru ini. Guru dan pelajar dalam jurusan bahasa Mandarin di sekolah-sekolah tempatan hadir ke majlis ceramah tersebut. Tulisan dan budaya China sungguh menarik. Institut Konfusius yang mengambil nama sempena nama seorang ahli falsafah yang terkemuka di dunia kini menjadi penghubung bagi memperkenalkan kebudayaan dan bahasa Mandarin ke seluruh dunia.

Pada bulan Jun lalu, Gabenor negeri Chiang Mai, Amonrapun Nimanandh memalu gong dan Ketua Konsul China ke Thailand, Zhu Weimin memalu gendang sebagai tanda Pameran Bahasa dan Budaya China dirasmikan di Taman Hortikultur Dunia Diraja di negeri Chiang Mai. Thailand.

Dewan pameran yang seluas lebih 1700 meter persegi dibanjiri para pelawat dari merata tempat. Seramai lebih sepuluh ribu pelajar dari lebih 70 buah universiti dan sekolah di Chiang Mai dan kawasan sekitarnya menyertai aktiviti tersebut. Mereka menghiasi 40 buah gerai pameran yang menunjukkan tulisan khat, puisi, lukisan tradisional, kraf tangan dan pakaian bahkan "budaya teh" China.

Seorang guru sekolah rendah di Chiang Mai, Anong Boonjaroen membawa lebih 30 orang muridnya menyaksikan pameran itu. Beliau memberitahu wartawan bahawa: "Sekolah kami telah menawarkan kursus bahasa Inggeris dan murid-murid kami boleh faham dan fasih bertutur bahasa itu. Tetapi sekolah kami masih belum menawarkan kursus bahasa Mandarin. Tujuan kami datang hari ini untuk menggalakkan para pelajar mengikuti pengajian bahasa Mandarin. Pada pendapat saya, bahasa Mandarin sama seperti bahasa Inggeris telah menjadi pengantara komunikasi di seluruh dunia. Mereka perlu mempunyai kemampuan berkomunikasi dalam bahasa Mandarin dan mungkin boleh menggunakan bahasa ini dalam kerja-kerja seharian pada masa depan. Murid-murid saya amat tertarik terhadap aktiviti ini."

Aktiviti tersebut anjuran bersama oleh Biro Pendidikan keempat bandar Chiang Mai dan Institut Konfusius Universiti Chiang Mai. Pegawai Kementerian Pendidikan Thailand menerangkan bahawa kini ramai warga Thailand khususnya golongan muda berhasrat untuk belajar bahasa Mandarin dan mengenali kebudayaan China. Lebih 1000 buah sekolah di Thailand telah menawarkan kursus bahasa Mandarin dan seramai 400 ribu orang pelajar sedang mengikuti pengajian bahasa Mandarin di negara itu.

Rotsukon Pheungsuaingam, 18 tahun berasal dari bandar Chiang Mai, fasih bertutur dalam bahasa Mandarin. Ketika diwawancara oleh wartawan, dia memperkatakan mengenai keinginannya: "Nama China saya Bao Runli. Saya pelajar tahun ketiga di sekolah menengah rendah. Saya telah belajar bahasa Mandarin selama sembilan tahun. Saya berhasrat melanjutkan pengajian ke universiti di China. Oleh kerana ekonomi China berkembang pesat dan hubungan China dengan Thailand amat baik, saya berhasrat menceburi bidang perniagaan dan berharap berniaga dengan warga China."

Ekonomi China berkembang pesat dalam tempoh 30 tahun lalu. Pertukaran kebudayaan antara China dengan negara luar turut meningkat. "Mahu melawat ke China", "mahu berhubung dengan warga China", dan "mahu mengenali budaya China"…pelbagai sebab yang menjadikan semakin ramai orang mahu belajar bahasa Mandarin. Lima tahun lalu iaitu tahun 2004, China menubuhkan Institut Konfusius di luar negara untuk mengajar bahasa Mandarin dan memperkenalkan budaya China.

Konfusius merupakan pengasas Falsafah Konfusius yang juga disebut Falsafah Ru China. Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang ahli falsafah yang terkenal di dunia. Kini, lebih 300 buah Institut Konfusius atau kuliah Konfusius telah ditubuhkan di 81 negara dan kawasan di dunia. Ahli Dewan Negara China yang juga Ketua Majlis Ibu Pejabat Institut Konfusius, Puan Liu Yandong menerangkan: "Institut Konfusius menarik perhatian sekolah rendah, komuniti dan perusahaan dengan menawarkan pelbagai kuliah bahasa Mandarin dan mengadakan aktiviti pertukaran budaya yang beraneka ragam. Kini jumlah peserta telah mencatat lebih 1.4 juta orang."

Institut Konfusius bukan sekadar universiti biasa. Ia Institut pertukaran budaya bukan mencari untung. Institut Konfusius melaksanakan kursus bahasa Mandarin, melatih guru bahasa Mandarin, menyediakan bahan pengajaran bahasa Mandarin dan mengadakan pertukaran kebudayaan dalam dan luar negara China.

Institut Konfusius bekerjasama dengan sekolah tempatan, menghantar guru dan berbincang dengan pihak berkuasa tempatan bagi menetapkan kursus. Berpuluh-puluh universiti terkemuka di dunia seperti UCLA Universiti California, Universiti Melbourne, Universiti Moscow, Universiti Waseda dan Universiti Edinburgh. Sehubungan dengan itu, lebih seratus universiti di China menyertai kerjasama tersebut. Universiti Rakyat China turut bekerjasama dengan universiti di luar negara menubuhkan lapan Institut Konfusius. Naib Canselor Universiti Rakyat China, Chen Yulu menjelaskan: "Kami bertugas menghantar guru bahasa Mandarin dan guru yang mengajar budaya China dan urusan pelaburan di China. Dalam pada itu, kami melatih guru tempatan dan menetapkan bahan pengajaran yang selaras dengan keperluan tempatan."

Institut Konfusius bukan sajaha mengajar bahasa Mandarin, tetapi salah satu fungsi utamanya ialah membuka "tetingkap" yang memperkenalkan kebudayaan China kepada rakyat seluruh dunia. Institut Konfusius di Universiti Edinburgh mengadakan Tahun Budaya China selama 10 bulan pada tahun lalu. Aktiviti ini mendapat perhatian meluas penduduk tempatan.

Kursus di Institut Konfsius ditetapkan selaras dengan keperluan tempatan. Umpananya kursus yang ditawarkan di Institut Konfusius di Universiti Florida Selatan termasuk politik, sosial, diplomatik, pendidikan dan sastera China. Pihaknya turut mengadakan aktiviti mengenai tulisan,makanan dan minuman China. Manakala, Institut Konfusius di Seoul Republik Korea mengadakan ceramah bahasa Mandarin untuk tokoh-tokoh dalam bidang ekonomi dan perdagangan China-Republik Korea dan memberikan maklumat China kepada mereka.

Naib Canselor Universiti Manchester, Alistair Ulph menerangkan: "Institut Konfsius di universiti kami membantu orang di luar universiti mengenali China. Kami mengadakan pelbagai aktiviti untuk melatih guru bahasa Mandarin dan membantu peniaga yang akan melawat ke China, mengenali bahasa dan budaya China. Institut Konfusius meningkatkan pengetahuan dan kemafahaman orang ramai terhadap China. Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar di universiti kami, tetapi juga kepada rakyat tempatan."

Suggest To A Friend
  Print