| Kerjasama dan Persahabatan China dengan Negara-Negara di Dunia Terus Dipertingkatkan dalam Tempoh 60 Tahun Lalu |
| 2009-08-25 |
|
Kerjasama dan persahabatan antara China dengan negara-negara di dunia terus dipertingkatkan dalam tempoh 60 tahun lalu sejak Republik Rakyat China (RRC) ditubuhkan.
Menteri Luar China, Yang Jiechi ketika diwawancara baru-baru ini berkata, hal ini dapat dibuktikan dengan kejayaannya menjalin hubungan diplomatik dengan 171 negara, sehingga mewujudkan situasi yang cukup membanggakan, iaitu "kawan China berada di setiap pelusuk dunia". Menurutnya, selepas RRC ditubuhkan, terutama dalam tempoh 30 tahun dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan, peranan yang dimainkan China dalam usaha membantu menyelesaikan isu-isu antarabangsa, serantau dan global, serta memelihara kedamaian dunia, semakin penting. Ekoran kesan krisis kewangan global, di samping berusaha mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara yang stabil, China juga aktif menyertai kerjasama antarabangsa untuk menyumbang kepada pemulihan ekonomi dunia dan kestabilan kewangan antarabangsa. |