Home > Embassy News
Pesta Duanwu
2009-05-27

China bukan sahaja mempunyai sejarah selama lebih 5000 tahun, tetapi juga mempunyai 56 etnik, aktiviti kebudayaan hari perayaan kalangan rakyat dalam setahun adalah banyak, hanya pada bulan Julai setiap tahun terdapat lebih 60 aktiviti perayaan kalangan rakyat di China. Aktiviti-aktiviti kebudayaan tradisional yang beraneka-ragam pada hari-hari perayaan tersebut merupakan warisan budaya tradisional bangsa China.

Aktiviti budaya hari perayaan kalangan rakyat China wujud dalam sejarah yang lama dan diteruskan turun-temurun beberapa ribu tahun merentasi sistem masyarakat yang berlainan.

Wilayah China adalah luas, cara bekerja dan cara kehidupan rakyat di pelbagai kawasan di China berbeza-beza. Mereka juga mempunyai aktiviti hari perayaan yang berlainan. Menyentuh aktiviti hari perayaan kalangan rakyat China, yang menarik ialah, walaupun hari perayaan di pelbagai kawasan diberikan nama yang sama, tetapi, disebabkan perbezaan kawasan dan etnik, aktiviti budaya dan erti hari perayaan itu lain belaka.

Misalnya perlumbaan perahu naga merupakan aktiviti budaya yang diadakan pada hari perayaan kalangan rakyat di pelbagai tempat di China, akan tetapi, perlumbaan perahu naga di kebanyakan kawasan etnik Han adalah untuk memperingati Qu Yuan, penyair patriotik terkenal Negeri Chu pada lebih 2000 tahun yang lalu, manakala perlumbaan perahu naga etnik Dai di Provinsi Yunnan di barat daya China adalah untuk memperingati seorang pahlawan etnik tersebut.

Satu contoh yang lain, kebanyakan rakyat China suka makan kuih bulan pada hari Pesta Kuih Bulan, tetapi rakyat etnik Mulao di Provinsi Yunnan makan daging itik pada hari itu, manakala rakyat di kampung selatan Sungai Yangtze makan sayur labu dan rakyat di kawasan Hangzhou Provinsi Zhejiang suka minum wain harum bunga pokok Gui.

Selain itu, aktiviti hiburan yang diadakan di pelbagai tempat pada hari Pesta Kuih Bulan juga berlainan, di Hongkong, tarian naga terbakar akan dimainkan pada malam hari Pesta Kuih Bulan, kanak-kanak di kawasan Wuyuan Provinsi Anhui di timur China memainkan "bina pagoda" pada hari itu, manakala di Bandar Guangzhou di selatan China, setiap keluarga membuat tenglung berbentuk unggas, binatang, ikan dan ular dengan batang bambu yang kecil dan menggantungnya di tempat tinggi.

Di China terdapat satu peribahasa:"Adat resam adalah berlainan di kawasan-kawasan yang hanya berjarak ratusan li". Li adalah ukuran jarak panjang di China, 2 li sama dengan 1 kilometer. Peribahasa ini menggambarkan kepelbagaian adat resam di kalangan rakyat China.

Pada bulan lima takwim imlek China, Pesta Kupu-kupu akan diadakan di Dali Provinsi Yunnan, teruna dan gadis etnik Bai sama-sama menghayati kupu-kupu yang cantik dan menyanyi balas-membalas bagi mengatakan rasa cinta antara satu sama lain, akan tetapi di Mongolia Dalam di bahagian utara China, Pesta Nadam diadakan di padang rumput yang luas tidak bertepi, dalam pesta itu, rakyat etnik Mongol mengadakan pelbagai aktiviti seperti gusti, lumba kuda, memanah dan membelih-belah, manakala pada 16 haribulan bulan lima takwim imlek China, rakyat etnik Miao di bahagian baratdaya China merayakan Hari Perahu Naga, mereka mendayung perahu naga untuk mengunjungi sanak saudara dan sahabat dan mengadakan aktiviti-aktiviti seperti adu lembu, menyanyi balas-membalas dan lain-lainnya.

Kesemua aktiviti budaya pada hari perayaan kalangan rakyat tersebut memperlihatkan kepelbagaian adat resam dan kebudayaan tradisional dari kawasan dan etnik yang berlainan di China.

Suggest To A Friend
  Print