| Hari Capgome |
| 2009-02-09 |
|
Selepas Tahun Baru China yang meriah, hari perayaan tradisional penting China yang lain ialah Capgome. Perayaan Capgome mempunyai sejarah yang lama dan kaya dengan adat istiadat. Perayaan Capgome jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama Imlek China. Hari itu juga disebut "Pesta Lampu", kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti utama pada hari perayaan itu. Menikmati onde-onde dan memasang lampu-lampu merupakan dua perkara utama perayaan Capgome. Mengapa memasang lampu-lampu pada Hari Capgome? Pada tahun 180 Sebelum Masihi, China diperintah oleh Dinasti Han. Maharaja pada ketika itu, maharaja Liu Heng berjaya mematahkan gerakan penderhakaan. Hari itu kebetulan 15 hari bulan bulan pertama Imlek Cina. Untuk merayakan kejayaan tersebut, Liu Heng memerintahkan lampu-lampu dipasang di seluruh negara. Beraneka bentuk lampu dipasang di tepi-tepi jalan pada hari itu. Adat istiadat tersebut diamalkan sejak itu. Lampu-lampu tersebut biasanya diperbuat dengan kertas yang berwarna-warni, berbentuk seperti gunung, bangunan, orang, bunya, burung dan binatang. Sekarang teknologi moden yang canggih seperti gentian optik, laser, kawalan bunyi dan cahaya juga telah digunakan dalam pembuatan lampu-lampu warna-warni. Menjawab teka-teki merupakan salah satu aktiviti yang diadakan pada Hari Capgome. Teka-teki ditulis di luar lampu untuk membolehkan orang ramai menjawabnya. Aktiviti menjawab teka-teki pada Hari Capgome berasal pada kira-kira tahun 200 Sebelum Masihi. Pada tahun 1000 Masihi, teka-teki serupa itu sangat popular. Apabila tiba perayaan Capgome, budayawan akan menulis teka-teki di luar lampu untuk orang ramai menjawabnya. Dengan ini hari perayaan lebih menarik. Pada ketika itu orang ramai berpendapat menjawab teka-teki seolah-olah menembak harimau kerana tidak mudah. Teka-teki yang baik bukan sahaja menarik, tetapi juga menjadi bahan pemikiran orang. Orang ramai akan merasa gembira apabila mendapat jawapan setelah mencuba menjawab agak lama. Menikmati onde-onde adalah adat istiadat utama pada Hari Capgome. Onde-onde adalah sejenis kuih bebola yang mengandung ini manis yang bermakna seluruh keluarga berkumpul dan kesenangan. Dengan ini, orang ramai menikmati makanan tersebut untuk merayakan ahli keluarga berkumpul dan mengenangkan anggota kelurga yang tidak dapat bersama. Menikmati onde-onde pada Hari Capgome berasal daripada dongeng yang berikut: pada Zaman Chunqiu lebih 2000 tahun lalu, satu negara yang bernama negara Chu berada di tengah dan hilir sungai Yangtze. Maharaja negara Chu itu, mendapati objek berbentuk bebola yang berwarna putih terapung-apung dipermukaan air sungai Yangtze ketika beliau mengadakan tinjauan. Anak kapalnya melihat dan memecahkan bebola itu dan mendapati inti bebola itu berwarna merah dan harum baunya. Bebola itu sedap dimakan setelah dimasak. Maharaja negara Chu bertanya menterinya apa objek itu, akan tetapi mereka pun tidak tahu. Kemudian Maharaja negara, Chu menghantar pengikutnya untuk bertanya Confucius, sarjana yang terkenal pada masa itu. Confucius berkata, ini epal terapung kemunculannya menandakan keamanan dan kemakmuran masyarakat. Hari itu kebetulan 15 hari bulan, bulan pertama Imlek Cina. Maharaja negara Chu amat gembira, dan memerintahkan pengikutnya membaut kuih serupa objek tersebut dengan tepung gandum, haw dan cecair bidara sebagai inti pada hari tersebut setiap tahun. Beliau berharap mendapat kesempurnaan dan bertuah pada tahun baru. Sejak itu, adat istiadat menikmati onde-onde pada 15 hari bulan bulan pertama Imlek cina diwarisi sehingga sekarang. Pada hari Capgome, pelbagai aktiviti perayaan akan diadakan dipelbagai tempat di China. Misalnya, orang akan main kaki kayu jangkungan, menarik tarian singa, lampu negara dan perahu daratan, serta menari Yanggo di bahagian utara. Ketika gong dan gendang dipalu, orang ramai berasa amat gembira sehingga akan penat pada tahun lalu. |