Home > Tourism
Biara Tar
2009-09-29

Biara Tar terletak di tepi Tasik Qinghai di bahagian barat China dan 26 kilometer dari Bandar Xining, ibu kota Provinsi Qinghai. Biara ini adalah tempat lahir pendeta Tsongkhapa pengasas Gelupa-mazhab yang dikuti oleh paling ramai penganut agama Buddha Tibet. Biara ini mempunyai pengaruh yang besar di kalangan penganut agama Buddha. Ia juga merupakan warisan budaya yang utama di Provinsi Qinghai.

Biara Tar dibina pada tahun 1379 dan bersejarah lebih 600 tahun. Yang sangat menarik, terdapat 8 buah menara putih yang dibina rapi di depan pintu Biara Tar. Menara ini merupakan bangunan mercu tanda biara tersebut. Banyak gerai didirikan di kawasan lapang di hadapan biara tersebut menjual pelbagai jenis barangan kraf tangan. Biara itu dikunjungi ramai pelancong China dan asing.

Di belakang biara ini terdapat sebuah halaman yang kecil. Halaman ini dibina dengan menggabungkan seni bina etnik Han dan etnik Tibet. Atap gentingnya melengkung ke atas berwarna hijau dan biru, bercorak seni bina etnik Han, manakala tiang berwarna merah dan dinding serta jendelanya bercorak seni bina etnik Tibet.

Terdapat 4 sekolah di Biara Tar iaitu Sekolah Sutras Tradisi Exoteric, Sekolah Tantric, Sekolah Perubatan dan Sekolah Time Wheel. Selain itu, tiga kesenian istimewa yang menarik di biara itu ialah lukisan dinding, sulaman tampal hias dan seni ukir mentega. AnTara ketiga-ketiga kesenian ini, seni ukir mentega merupakan yang paling terkenal. Selepas Biara Tar dibaikpulih, ia kelihatan berkilau keemas-emasan, jalan di biara ini turut diperbaiki.

Dimaklumkan, sebelum pembinan Biara Tar, sebatang pokok bodhi telah ditanam di tapak biara tersebut, kemudian sebuah menara putih dibina di tepi pokok bodhi itu, lautaran itu, barulah biara dibina di luar menara itu. Oleh itu, Biara Tar bermakna biara yang didirikan selepas pembinaan menara.

Penganut agama Buddha mesti sujud sebanyak 100 ribu kali, barulah dapat dianggap taat kepada sakyamoni, ini kerana pokok bodhi itu tumbuh di tempat lahir pendeta Tsongkhapa pada masa dahulu. Menurut cerita dongeng, pokok itu pula dikatakan mempunyai 100 ribu helai daun dan terdapat sebuah patung Buddha pada setiap helai daun. Oleh itu, mereka mesti sujud di hadapan 100 ribu patung Buddh sebanyak 100 ribu kali. Penganut agama Buddha yang masih muda memerlukan masa selama tiga bulan untuk melakukan ibadat itu dan 6 bulan bagi warga tua. Dengan tindakan ini penganut agama Buddha Tibet dapat membuktikan kesalihan mereka.

Setelah memasuki dewan tersebut, kita dapat menyaksikan sebuah menara perak yang setinggi 11meter. Kononnya, terdapat sebatang pokok bodhi masih tumbuh di dalam menara tersebut. Seorang Lama di biara ini berkata, sebatang pokok bodhi yang tumbuh di luar Dewan Genting Emas Besar, merupakan pokok baru yang tumbuh dari akar pokok bodhi di dalam menara yang menjalar keluar.

Saudara pendengar, jika melancong ke Provinsi Qinghai, Biara Tar patut dilawati.

Suggest To A Friend
  Print